Bahan-bahan :
1 mangkuk udang - bersihkan dan buang kulit
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 cawan daun bawang - potong pendek
1 labu bawang besar - dihiris halus
1 biji telur - dipukul
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan gaul rata dan sebati.
2. Panaskan minyak dan ambil sesenduk adunan kemudian goreng hingga kekuningan.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment