Saturday, June 27, 2015

RESEPI TAUHU GORENG BERSOS

Bahan-bahan :

3 sudu besar minyak masak
2 keping tauhu - potong 4 goreng garing
1 biji tomato - belah 4
Sedikit daun bawang - potong pendek

Bahan hiris :

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah

Bahan A :

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
Sedikit garam


Cara-cara :

1. Panaskan minyak tumis bahan hiris hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau hingga mendidih.

3. Masukkan tomato kacau rata dan tutup api.

4. Angkat dan curah di atas tauhu yang telah digoreng tadi.

5. Tabur sedikit daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.








No comments:

Post a Comment