Bahan-bahan :
250g butter
220g gula aising
1 biji kuning telur
250g tepung gandum - diayak
75g tepung jagung - diayak
500g gajus - dikisar kasar
Hiasan :
Sedikit kuning telur
Sedikit kepingan gajus
Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Satukan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
5. Canai dan terap dengan acuan yang sesuai.
6. Susun di atas dulang pembakar dan sapu kuning telur serta hias dengan kepingan gajus.
7. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment