Bahan-bahan :
1 mangkuk keledek - bersihkan buang kulit potong kecil
2 mangkuk air
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Minyak secukupnya
Bahan salut :
1 cawan gula
1/2 cawan air
Cara-cara :
1. Masukkan keledek, air, garam dan rebus hingga lembut. Toskan air dan lenyekkan hingga lumat.
2. Gaulkan keledek dengan tepung hingga rata dan sebati.
3. Ambil sedikit adunan dan uli menjadi gegelang kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan kemudian angkat ketepikan.
5. Masak bahan salut hingga mendidih dan pekat tutup api.
6. Masukkan kuih yang siap digoreng tadi dan kacau hingga gula melekat pada kuih.
7. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment