Thursday, June 11, 2015

RESEPI BISKUT BURGER KU

Bahan A :

250g butter
140g gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam

Bahan B : diayak

325g tepung kek
75g tepung jagung
25g susu tepung

Bahan C :

Bijan secukupnya
coklat masakan - dicairkan
1 biji kuning telur *
1/4 sudu kecil air *
*satukan sebati


Cara-cara :

1. Pukul bahan A hingga hingga rata.

2. Masukkan bahan B secara berselang seli sehingga sebati menjadi doh.

3. Canai doh dan terap dengan acuan bulat seperti burger.

4. Susun di atas dulang pembakar.

5. Separuh biskut sapu kuning telur dan hias dengan sedikit bijan untuk lapisan atas.Separuh lagi biar kosong untuk dijadikan bahagian bawah.

6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.

7. Apabila biskut sejuk sapu dengan coklat cair dan lekat kan bahagian atas dan bawah seperti burger.

8. Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment