Monday, June 22, 2015

RESEPI BISKUT KACANG TANAH

Bahan Inti :

100g kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar kasar
50g gula halus

Bahan A :

250g butter
50g gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur

Bahan B :

300g tepung gandum - diayak
2 sudu besar tepung kastard - diayak


Cara-cara :

1. Satukan bahan inti kacau sebati ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga rata.

3. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.

4. Ambil sedikit doh bulat-bulatkan kecil dan letak inti sedikit.

5. Susun di atas dulang pembakar.

6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.







sumber:Nori mOhaMEd

No comments:

Post a Comment