Bahan-bahan :
1 mangkuk belimbing buluh - rebus dengan sedikit air dan garam sehingga kering/hitam
1/2 mangkuk ikan bilis - tumbuk sedikit hancur
sedikit minyak
gula secukup rasa
sedikit air
Bahan kisar :
1/2 mangkuk cili api
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara-cara :
1.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi
2.Masukkan ikan bilis dan kacau rata
3.Masukkan belimbing yang telah direbus kacau sebati
4.Tambah sedikit air dan perasa gula kacau hingga sedikit garing.
5.Angkat dan boleh di hidangkan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment