Bahan A :
250g butter
1 biji telur
180g gula halus
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar gula melaka - diparut
Bahan B :
100g tepung gandum - diayak
150g tepung sagu - diayak
1/2 sudu kecil baking powder
Hiasan :
sedikit gula aising
Cara-cara :
1. Satukan bahan A putar hingga rata.
2. Masukkan bahan B kacau sebati dan uli hingga menjadi doh.
3. Canai doh dengan acuan yang sesuai dan susun dalam dulang pembakar.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
5. Apabila biskut sejuk taburkan gula aising di atasnya dan simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment