Saturday, June 27, 2015

RESEPI SAGU HIJAU GULA MELAKA


Bahan-bahan :

2 cawan sagu hijau kecil
5 cawan air
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil esen pandan
Secubit garam
1 tin susu cair

Bahan air gula :

1 cawan gula melaka
1/2 cawan gula merah
1 1/2 cawan air

Cara-cara :

1. Masakkan air hingga mendidih kemudian masukkan sagu serta garam, pewarna hijau dan esen pandan kacau hingga masak pekat berkilat.

2. Masukkan dalam acuan yang sesuai atau yang digemari.

3. Satukan bahan air gula kacau dan masak hingga mendidih.

4. Apabila sagu sejuk boleh keluarkan dari acuan dan tuangkan susu cair serta air gula.

5. Sedia untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment