Bahan-bahan :
4 biji telur - goreng satu persatu ketepikan
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar kicap manis
1 sudu air asam jawa
3 sudu air
1/2 sudu kecil garam
Bahan kisar :
10 biji cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara-cara :
1.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.
2.Masukkan air, air asam jawa, kicap, garam dan kacau sebati hingga mendidih.
3.Setelah mendidih curahkan ke atas telur yang siap di goreng tadi.
4.Sedia untuk di hidang dan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment