Tuesday, March 17, 2015

RESEPI Biskut Sarang Semut Milo

Bahan-bahan:

250g butter
3/4 cawan gula aising
2 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung kastard-ayak
2 cawan tepung kek-ayak
1/2 cawan serbuk milo
1 sudu kecil esen vanila
paper cup secukupnya
coklat rice secukupnya



Cara-cara:

1.Satukan tepung kastard dan tepung kek dalam 1 bekas dan ayak bersama ketepikan.

2.Dalam bekas lain pukul sebentar butter dan gula aising jangan sampai kembang.

3.Masukkan kuning telur dan esen vanila kacau rata.

4.Masukkan tepung dan serbuk milo secara berselang seli, gaul rata.

5.Uli hingga menjadi doh dan perap selama 1/2 jam.

6.Sagat doh dan masukkan kedalam paper cup serta tabur coklat rice di atasnya.

7.Susun dalam dulang dan bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit.





No comments:

Post a Comment