Wednesday, April 20, 2016
RESEPI PUNTEN SAMBAL PEDAS
RESEPI PUNTEN SAMBAL PEDAS
============================
Bahan-bahan :
-----------------------
3 cawan beras - cuci dan toskan air
200 ml santan (1 kotak kecil santan)
6 cawan air
1/2 sudu kecil garam halus
Cara-cara :
-----------------
1. Satukan semua bahan kacau rata masak sehingga nasi lembut dan masak.
2. Masukkan nasi ke dalam loyang dan tekan sehingga padat kemudian boleh lah dipotong, atau boleh juga gunakan acuan yang digemari.
3. Hidangkan bersama sambal pedas.
RESEPI SAMBAL PEDAS
=====================
Bahan-bahan :
-----------------------
3 sudu besar minyak masak
Bahan kisar :
---------------------
20 biji cili api merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1/2 cawan ikan bilis
Bahan A :
---------------
Sedikit gula
Sedikit garam halus
Sedikit air asam jawa
Cara-cara :
----------------
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan bahan A kacau rata biar sehingga pecah minyak.
3. Sedia untuk dihidangkan.
#mudah&senang
#like&share
Selamat mencuba♡♡♡
×××××××××××××××××××××××××××××××
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment