Wednesday, April 20, 2016

BIHUN GORENG CILI API BURGER AYAM




BIHUN GORENG CILI API BURGER AYAM
==================================

Bahan-bahan :
~~~~~~~~~
Sedikit minyak masak
1/2 peket bihun - rendam sehingga lembut & tos
Sedikit garam halus

Bahan Kisar :
~~~~~~~~
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
7 biji cili api merah

Bahan A :
~~~~~~
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air

Bahan B :
~~~~~~
Sedikit carrot - disagat kasar
3 keping burger ayam - grill sehingga garing & potong kecil

Bahan C :
~~~~~~
Sedikit timun - disagat
Sedikit daun bawang - potong pendek
Sedikit sos cili


Cara - cara :
-------------------

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga wangi.

2. Masukkan bahan A, bihun dan kacau rata. Biar sehingga bihun sedikit lembut.

3. Masukkan bahan B gaul sebati dan perasakan dengan sedikit garam halus.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama bahan C.

5. Selamat mencuba ♡♡♡.






No comments:

Post a Comment