Wednesday, April 20, 2016

APAM BALIK ala PENKEK




APAM BALIK ala PENKEK
=====================

Bahan-bahan :
~~~~~~~~~
1 biji telur

Bahan A :
~~~~~~
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu segar
1 cawan air
1/2 cawan minyak

Bahan B ( diayak ) :
~~~~~~~~~~~~~
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan Inti :
~~~~~~~
Sedikit sweet corn ( tin )
Sedikit coklat rice


Cara-cara :
~~~~~~~

1. Pukul telur sehingga sedikit kembang.

2. Masukkan bahan A kacau rata.

3. Masukkan bahan B gaul rata dan sebati.

4. Panaskan kuali non stik kemudian ambil 1 senduk adunan. Tutup kan kuali dan kecilkan api.

5. Apabila sedikit garing letakkan sedikit inti di tengah dan lipatkan. Angkat kemudian potong 2.

6. Sedia untuk dihidangkan.

7. Selamat mencuba.




‪#‎apambalikalapenkek‬

No comments:

Post a Comment