Wednesday, April 20, 2016

RESEPI AYAM GRILL BLACK PEPPER SAUCE






RESEPI AYAM GRILL BLACK PEPPER SAUCE
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-bahan :
-----------------------
2 ketul dada ayam
2 cawan air

Bahan A :
---------------
3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil daun rosmary kering
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos BBQ

Bahan B ( potong kecil ) :
--------------
Sedikit brokoli
Sedikit kobis bunga
Sedikit carrot


Cara-cara :
-----------------
1. Bersihkan ayam kemudian gaulkan dengan bahan A dan perap selama 1 jam.

2. Grill kan ayam sehingga masak, angkat dan letak ke dalam pinggan hidangan.

3. Didihkan air masukkan bahan B rebus sebentar kemudian toskan airnya dan letak ke dalam pinggan hidangan.


BLACK PEPPER SAUCE
====================

Bahan-bahan :
-----------------------
1 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :
---------------------
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih

Bahan A :
---------------
1 kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum

Bahan B :
---------------
1/2 sudu kecil tepung jagung
2 sudu besar susu segar
Sedikit garam halus


Cara-cara :
-----------------
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata dan biar sehingga mendidih.

3. Masukkan bahan B kacau sebati sehingga pekat.

4. Tutup api kemudian tuangkan ke dalam pinggan hidangan.

5. Sedia untuk dihidangkan.





‪#‎ayamgrillblackpeppersauce‬
‪#‎mudah‬&senang
‪#‎like‬&share
Selamat mencuba ♡♡♡♡

No comments:

Post a Comment