Wednesday, April 20, 2016
MEE GORENG TELUR HANCUR
MEE GORENG TELUR HANCUR
==========================
Bahan-bahan :
~~~~~~~~~
1 peket mee kuning - cuci dan toskan
Sedikit minyak masak
Sedikit air
4 biji telur
Sedikit garam halus
Sedikit bawang goreng
Bahan Kisar :
~~~~~~~~
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit udang kering
Bahan A :
~~~~~~
1 sudu besar kicap mee
1 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Bahan B :
~~~~~~
Sedikit sawi - bersihkan & potong pendek
1 biji tomato - potong kecil
Cara-cara :
~~~~~~~
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan bahan A, air dan juga garam halus kacau biar sehingga sedikit mendidih.
3. Masukkan mee kacau rata kemudian kecilkan api.
4. Masukkan telur biar sehingga sedikit masak dan gaul rata.
5. Masukkan bahan B kacau rata biar sayur sedikit layu, tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng dan sos cili.
#meegorengtelurhancur
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment