Wednesday, April 20, 2016
TELUR DADAR MASAK KICAP
TELUR DADAR MASAK KICAP
=========================
Bahan-bahan :
~~~~~~~~~~
4 biji telur
Sedikit minyak masak
1/2 labu bawang besar - dihiris
Sedikit daun bawang - dipotong pendek
Bahan Kisar :
~~~~~~~~~
5 biji cili api merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan A :
~~~~~~
Sedikit air
Sedikit air asam jawa
Sedikit kicap manis
3 biji cili api merah - dipotong
Sedikit garam halus
Cara-cara :
~~~~~~~
1. Panaskan minyak masak kemudian gorengkan telur dadar. Angkat dan letak ke dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang hiris kacau sehingga sedikit layu.
3. Masukkan Bahan Kisar tumis sehingga wangi.
4. Masukkan Bahan A kacau rata.
5. Tutup api kemudian curah ke atas telur dadar. Taburkan sedikit daun bawang.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
7. Selamat mencuba.
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment