Wednesday, April 20, 2016

NASI GORENG SARDIN




NASI GORENG SARDIN
===================

Bahan-bahan :
~~~~~~~~~
3 cawan nasi
Sedikit minyak masak
1 tin besar sardin - ambil isi dan hancurkan
1/2 labu bawang besar - dihiris
Sedikit sawi - potong pendek
Sedikit garam halus

Bahan Kisar :
~~~~~~~~
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili api merah

Bahan A :
~~~~~~
Sedikit bawang goreng
Sedikit keropok ikan
Sedikit hirisan timun
1 biji tomato - dihiris


Cara-cara :
~~~~~~~
1. Panaskan minyak masak dan masukkan hirisan bawang kemudian goreng sehingga sedikit layu.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.

3. Masukkan ikan sardin hancur kacau rata sehingga sedikit garing.

4. Masukkan nasi putih kacau rata.

5. Masukkan sayur sawi yg telah dipotong.

6. Perasakan garam kacau rata.

7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama bahan A.






No comments:

Post a Comment