Wednesday, April 20, 2016

RESEPI BUBUR NASI CAMPUR





RESEPI BUBUR NASI CAMPUR
==========================‪


NASI
=====

Bahan-bahan :
-----------------------
1 cawan beras - cuci bersih
2 kiub ayam
7 cawan air


Cara-cara :
------------------
1. Satukan bahan nasi kacau rata masakkan sehingga nasi lembut dan likat.

2. Tutup api, ketepikan.


SAYUR CAMPUR 
==============

Bahan-bahan :
------------------------
1 sudu besar minyak masak

Bahan hiris :
--------------------
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili api merah

Bahan A ( potong kecil ) :
-----------------------------------------
1 batang carrot
Sedikit kobis bunga
Sedikit brokoli

Bahan B :
---------------
2 sudu besar air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
Sedikit garam halus


Cara-cara :
-----------------
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bahan hiris sehingga wangi.

2. Masukkan bahan A dan bahan B kacau rata.

3. Biar sehingga sedikit layu tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan bersama bubur nasi, telur dadar dan ikan bilis goreng.



#‎buburnasicampur‬
‪#‎mudah‬&senang
‪#‎like‬&share
Selamat mencuba ♡♡♡♡
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°







No comments:

Post a Comment