Wednesday, April 20, 2016
PULUT KUKUS SAMBAL BILIS
PULUT KUKUS SAMBAL BILIS
===================
Bahan Pulut :
~~~~~~~~~
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan air
Sedikit garam halus
Cara-cara :
~~~~~~~
1. Panaskan pengukus.
2. Bersihkan dan cuci beras pulut kemudian masukkan kedalam bekas bersama air serta garam, kacau rata.
3. Kukus sehingga pulut lembut.
Bahan Sambal :
~~~~~~~~~~
4 sudu besar minyak masak
Bahan Kisar :
~~~~~~~~~
20 tangkai cili kering
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
Bahan A :
~~~~~~
Sedikit ikan bilis
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Sedikit gula pasir
Sedikit garam halus
Cara-cara :
~~~~~~~
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan bahan A kacau rata. Biar sehingga pecah minyak.
3. Sedia untuk dihidangkan bersama pulut kukus.
4. Selamat mencuba.
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment