Wednesday, April 20, 2016
RESEPI ASAM PEDAS IKAN GORENG
RESEPI ASAM PEDAS IKAN GORENG
===============================
Bahan-bahan :
~~~~~~~~~
3 ekor ikan selar
5 sudu besar minyak masak
Sedikit daun kesom
3 batang bendi - di celur & tos
Bahan Kisar :
~~~~~~~~
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Bahan A :
~~~~~~
3 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
Bahan B :
~~~~~~
Sedikit gula pasir
Sedikit garam halus
1 biji tomato - dibelah 4
Cara-cara :
~~~~~~~
1. Bersihkan ikan selar kemudian potong 2 dan gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit serta garam halus, goreng sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan bahan A kacau dan biar sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan goreng dan bahan B, kacau rata.
5. Masukkan daun kesom dan bendi yang telah dicelur kemudian tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan.
7. Selamat mencuba.
#asampedasikangoreng
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment