Monday, March 16, 2015

RESEPI Ayam Sambal Kicap

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam-potong kecil bersihkan dan goreng garing
1/2 cawan air
2 sudu besar air asam jawa
5 sudu besar kicap manis
1 labu bawang holland-potong bulat nipis
1 batang serai-diketuk
1 inci halia
1 biji tomato-di belah 4
sedikit minyak
sedikit garam

Bahan Kisar:

15 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara-cara:

1.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.

2.Masukkan kicap manis, air asam jawa, air, bawang holland, serai, halia, tomato kacau hingga mendidih.

3.Masukkan ayam goreng dan perasakan garam secukup rasa kacau sebentar.

4.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.






No comments:

Post a Comment