Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kisar
1/2 mangkuk isi ayam - bersihkan dan potong kecil
1/2 mangkuk udang - bersihkan
1 cawan air
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 peket kuey teow
Sedikit sawi - potong kecilSedikit kobis - hiris kasar
1 1/2 sudu kecil garam
Bahan hiris :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara-cara :
1. Panaskan minyak tumis bahan hiris, cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan udang kacau rata.
3. Masukkan air, sos tiram, kicap manis kacau rata dan biar mendidih.
4. Masukkan kuetiau, sawi, kobis, garam kacau sebati dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment