Bahan-bahan :
3 sudu makan minyak masak
1 mangkuk isi ayam - bersihkan dan potong kecil
1 tin kacang peas - toskan
Bahan hiris :
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan A :
3 sudu air
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil garam
Bahan B :
1 labu bawang besar
2 tangkai cili merah
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan ayam kacau dan tutup sebentar sehingga separuh masak.
3. Masukkan bahan A kacau rata.
4. Masukkan bahan B kacau lagi.
5. Masukkan kacang peas kacau sebati.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment