Saturday, June 27, 2015

RESEPI DAGING GORENG KACANG PANJANG

Bahan-bahan :

3 sudu besar minyak masak

Bahan hiris :

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan A :

1 mangkuk daging - bersihkan dan hiris nipis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

bahan B :

1 labu bawang holland - dipotong bulat
2 tangkai cili merah - belah tengah
3 batang kacang panjang - potong pendek


Cara-cara :

1. Panaskan minyak tumis bahan hiris hingga wangi.

2. Masukkan bahan A dan kacau rata hingga daging lembut.

3. Masukkan bahan B dan kacau sebati hingga sedikit kering.

4. Tutup api angkat dan sedia untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment