Thursday, June 11, 2015

RESEPI COKLAT BUBBLE RICE

Bahan A :

250g mentega
1 biji telur
50g gula aising

Bahan B :

250g bubble rice
50g kacang tanah - dikisar kasar

Bahan C :

Coklat masakan secukupnya - dicairkan
200g kacang tanah - dikisar halus
Paper cup secukupnya


Cara-cara :

1. Satukan bahan A dalam satu bekas dan pukul sebentar hingga rata dengan menggunakan mixer.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dalam bahan A dan kaub balik hingga rata.

3. Ambil sedikit adunan dengan menggunakan sudu dan susun di atas dulang pembakar.

4. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 15~20 minit.

5. Biarkan sejuk sebentar dan salutkan dengan coklat cair dan masukkan ke dalam paper cup.

6. Tabur dengan kacang di atasnya sebagai hiasan.

7. Apabila sudah sejuk boleh lah disimpan kedalam bekas kedap udara .Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment