Thursday, June 11, 2015

RESEPI BISKUT KOPI BADAM WALNUT

Bahan A :

1 biji kuning telur
250g mentega
180g gula perang
1/2 sudu kecil esen kopi
1/4 sudu kecil serbuk nescafe
secubit garam halus

Bahan B : diayak

250g tepung gandum
50g tepung ubi
30g tepung jagung
2 sudu besar susu tepung

Bahan C :

50g badam - dikisar kasar
50g walnut - dikisar kasar

Bahan D :

1 biji kuning telur
ceri merah dipotong kecil secukupnya



Cara-cara :

1. Pukul Bahan A hingga kembang.

2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A secara berselang seli.

3. Uli hingga menjadi doh.

4. Canai dan terap dengan acuan yang sesuai dan susun di atas dulang pembakar.

5. Sapu kuning telur dan letak hirisan ceri di atasnya.

6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.

7. Simpan biskut dalam bekas kedap udara dan selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment