Saturday, June 27, 2015

RESEPI AYAM SAMBAL SERAI

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar air
3 batang serai - diketuk
1 keping asam keping

Bahan perap :

1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

Bahan kisar :

15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara-cara :

1. Satukan ayam dan bahan perap sebentar goreng hingga sedikit garing. Angkat ketepikan.

2. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan air, serai, asam keping, ayam goreng dan kacau sebati.

4. Biar hingga sedikit kering angkat dan sedia untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment