Bahan A :
150g minyak sapi
100g butter
130g gula aising
secubit garam halus
Bahan B :
300g tepung gandum - diayak
125g tepung jagung - diayak
50g badam - kisar halus - diayak
Bahan C :
1/2 sudu teh pewarna merah
1/2 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu teh pewarna biru
Hiasan :
50g badam - cincang kasar
10g gula halus
50g gula aising
Cara-cara :
1. Satukan badam cincang kasar dan gula halus kacau rata ketepikan untuk dibuat inti.
2. Pukul bahan A hingga putih.
3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
4. Bahagikan doh menjadi 4 bahagian merah, hijau, biru dan kuning.
5. Ambil sedikit doh 4 warna bulatkan kecil dan isi inti badam di dalamnya.
6. Susun di atas dulang pembakar.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
8. Apabila sudah masak golekkan ke atas gula aising dan simpan dalam bekas.
No comments:
Post a Comment