Bahan-Bahan :
300g tepung gandum - diayak
1 sudu kecil soda bikarbonat
200g kacang peas dalam peket - dikisar sedikit halus
200g gula halus
secubit garam
2 cawan minyak jagung
1 buji kuning telur
sedikit kacang peas - belah 2 untuk hiasan
Cara-cara :
1. Satukan tepung, gula, kacang peas, garam dan soda bikarbonat dalam satu bekas dan gaul rata.
2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul hingga adunan dapat di uli.
3. Ambil sedikit doh buat bulat kecil dan susun di atas dulang pembakar.
4. Sapu kuning telur dan hiaskan kacang peas diatasnya.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
No comments:
Post a Comment