Wednesday, June 24, 2015

RESEPI KEK GULA HANGUS BERSARANG

Bahan A :

1 cawan gula
1 cawan air panas
3 sudu besar butter

Bahan B :

4 biji telur
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum - diayak


Cara-cara :

1. Masak gula hingga cair dan berbuih kemudian masukkan air panas, butter kacau rata hingga cair keperangan.

2, Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat, esen vanila kacau rata.

3. Masukkan soda bikarbonat dan tepung sedikit demi sedikit kemudian kacau sebati.

4. Masukkan bahan A kacau rata dan sebati.

5. Tutup adunan dan perap selama 3 jam.

6. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam atau kukus selama 1 jam.





No comments:

Post a Comment