Thursday, June 11, 2015

BISKUT PISTACHIO FRUTIES

Bahan A :

60g mentega
30g gula aising
12g putih telur
secubit garam

Bahan B :

100g tepung kek - diayak
10g kacang pistachio
20g ceri merah - racik halus
20g ceri hijau - racik halus


Cara-cara ;

1. Pukul bahan A hingga sebati.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.

3. Canai dan terap dengan menggunakan acuan yang sesuai dan susun atas dulang pembakar.

4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.

5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



No comments:

Post a Comment