Saturday, June 27, 2015

RESEPI BISKUT SUJI WARNA INTI BADAM

Bahan-bahan :

Sedikit pewarna kuning, merah, hijau
Sedikit gula aising

Bahan ayak :

250g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda

Bahan A :

125g gula aising
Secubit garam
100g badam - kisar halus
1/2 sudu kecil esen vanila
200g minyak sapi - di cairkan

Bahan inti :

Sedikit badam - panggang dan kisar kasar


Cara-cara :

1. Satukan bahan ayak dan bahan A gaul hingga menjadi doh. Rehatkan selama 20 minit.

2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letak 3 jenis warna.

3. Canai doh secara memanjang dan tindihkan ke3 jenis warna. Potong kecil letak inti sedikit badam kisar kasar dan buat bulat kecil.

4. Susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.

5. Biar sejuk kemudian golekkan dengan gula aising.



No comments:

Post a Comment