Saturday, June 27, 2015

RESEPI GULAI AYAM

Bahan-bahan :

5 sudu besar minyak masak
2 sudu besar rempah kari ayam - bancuh dengan 2 sudu air
1 1/2 cawan  air
1 sudu besar air asam jawa
1/2 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil
2 biji kentang - dibelah 4
1 sudu kecil garam halus

Bahan hiris :

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan tumis :

1 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga


Cara-cara :

1. Panaskan minyak tumis bahan hiris hingga wangi.

2. Masukkan bahan tumis kacau sebentar dan masukkan rempah kari kacau hingga sedikit kering.

3. Masukkan air asam jawa, air , ayam, kentang, garam kacau rata hingga mendidih dan masak.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment