Bahan-bahan :
125g butter
35g gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
160g tepung gandum - diayak
50g badam - kisar kasar
30g kelapa kering
Hiasan :
Jem rasberi
Sedikit badam - dipanggang dan kisar kasar
Sedikit kelapa kering
Cara-cara :
1. Satukan butter, gula aising, esen vanila dan kuning telur putar hingga sebati.
2. Masukkan tepung, badam dan kelapa kering kacau rata serta uli hingga menjadi doh.
3. Canai doh dan terap dengan acuan tart bunga. Susun dalam dulang pembakar.
4. Sapukan sedikit jem rasberi di atasnya dan letak sedikit badam, kelapa kering diatas jem sebagai hiasan.
5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.
No comments:
Post a Comment