Bahan-bahan :
250g butter
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
Secubit garam
Jem nenas secukupnya - buat bentuk bulat kecil
Bahan ayak :
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
3 1/4 cawan tepung gandum
Bahan hiasan :
1 biji kuning telur*
1 titik pewarna kuning*
1 sudu besar air*
*bancuh hingga sebati
Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula halus hingga putih.
2. Masukkan minyak sapi, kuning telur, garam dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
4. Paipkan acuan tart dan letak jem nenas di tengah2 kemudian gulungkan.
5. Susun di atas dulang pembakar dan sapu dengan sedikit bahan hiasan.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment