Bahan-bahan :
250g butter
50g gula halus
1 biji telur
250g tepung jagung - diayak
200g keju - diparut halus
secubit lada hitam
Hiasan :
Sedikit kuning telur
Keju parut
Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul sebati.
2. Masukkan tepung, keju, lada hitam sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. Kemudian sejukkan doh dalam freezer selama 20 minit.
4. Canai doh menjadi kepingan nipis setebal 3 mm.Potong menjadi jejari 2 cm x 1 cm . Cantumkan dan pintal menjadi stick.
5. Susun di atas dulang kemudian sapu kuning telur dan hiaskan sedikit parutan keju.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment