Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
10 tangkai cili kering - kisar halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan A :
1/2 mangkuk kecil sotong - bersihkan potong kecil
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
Bahan B :
200g bihun - rendam hingga sedikit lembut dan toskan
Sedikit sawi - bersihkan potong pendekSedikit kobis - bersihkan hiris nipis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar kacau rata.
3. Masukkan bahan A kacau lagi hingga mendidih.
4. Masukkan bahan B kacau sebati hingga bihun lembut dan masak.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment