Bahan-bahan :
1 ekor ayam - bersihkan dan ketepikan
1 biji lemon - dihiris 4
1 batang carrot - potong kecil
1 biji capsicum merah - potong 4
1 biji capsicum hijau - potong 4
4 helai daun salad
Bahan Perap :
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar sos barbeku
2 ulas bawang putih - di cincang halus
1 1/2 inci halia - diketuk
Cara-cara :
1. Satukan bahan dalam bekas dan gaul sebati
2. Gaulkan bahan perap pada ayam selama 2 jam
3. Masukkan lemon ke dalam perut ayam
4. Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celsius selama 1 jam
5. Satukan carrot dan capsicum bersama sedikit olive oil dalam pan dan panaskan di atas api sederhana sebentar sehingga sedikit layu.
6. Hiaskan salad di atas pinggan serta carrot, capsicum tadi serta ayam yang telah masak.
7. Sedia untuk di hidangkan dan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment