Thursday, June 11, 2015

RESEPI BISKUT COKLAT BADAM

Bahan A :

100g butter
50g gula halus

Bahan B :

100g tepung kek - di ayak
76g badam - di panggang dan kisar kasar

Bahan C :

50g coklat masakan - cincang halus

Bahan D :

Coklat cair secukupnya
1 sudu besar shortening
Sedikit badam - dipanggang dan kisar kasar
paper cup secukupnya


Cara-cara :

1. Pukul bahan A hingga rata.

2. Masukkan bahan B dan kaup balik hingga rata.

3. Masukkan Bahan C dan gaul sebati.

4. Susun paper cup dalam dulang  pembakar dan sudukan adunan

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.

6. Satukan coklat cair dan shortening kacau sebati.

7. Apabila biskut sudah sejuk tuang coklat cair dan letakkan badam cincang di atasnya.


No comments:

Post a Comment