Tuesday, June 23, 2015

RESEPI BISKUT SALUT KELAPA

Bahan A :

250g butter
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur

Bahan B :

200g tepung gandum - diayak
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder

Hiasan :

Sedikit kelapa kering


Cara-cara :

1. Satukan bahan A dan putar hingga rata.

2. Masukkan bahan B dan gaul sebati hingga menjadi doh.

3. Ambil sedikit doh buat bentuk bulat dan salutkan dengan kelapa kering.

4. Susun diatas dulang pembakar dan tekan sedikit leper.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.





No comments:

Post a Comment