Tuesday, June 23, 2015

RESEPI KARI SARDIN



Bahan-bahan :

2 sudu minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
1 tangkai daun kari
2 sudu serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar air asam jawa
2 biji kentang - bersihkan dan potong 4
1 tin sardin besar
1 mangkuk santan
2 sudu kecil garam

Bahan kisar :

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi

2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari, serbuk kari, serbuk cili, air asam jawa kacau rata dan sedikit kering.

3. Masukkan sardin, kentang kacau rata.

4. Masukkan santan serta garam dan kacau sekali sekala hingga mendidih.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






No comments:

Post a Comment