Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - bersihkan potong kecil
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
3 sudu maka minyak masak
1 batang serai - diketuk
1 tangkai daun kari
1 biji limau nipis - perah ambil airnya
Bahan hiris :
10 tangkai cili api
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
Cara-cara :
1. Satukan ayam, serbuk kunyit, garam halus perap sebentar dan goreng garing.
2. Panaskan minyak masak masukkan bahan kisar kacau hingga wangi.
3. Masukkan serai, daun kari, air perahan limau, ayam goreng tadi dan kacau rata.
4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment