Bahan-bahan :
250g butter
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit ceri merah - potong kecil
Bahan ayak :
1 cawan tepung ubi
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum
Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila gaul sebati.
3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
4. Paipkan dengan acuan dahlia dan susun di atas dulang pembakar.
5. Hiaskan dengan potongan ceri merah.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment