Bahan-bahan :
1 mangkuk udang - bersihkan
1 1/2 mangkuk air
minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan A :
1 labu bawang besar - hiris halus
1/2 mangkuk taugeh - bersihkan
1/2 mangkuk kucai - potong kecil
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 kiub ayam maggi
1 mangkuk tepung gandum - diayak
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Cara-cara :
1. Satukan bahan A dalam satu bekas kacau rata.
2. Masukkan air dan kacau sebati.
3. Panaskan minyak dalam kuali besar untuk gorengan terendam.
4. Ambil sesenduk adunan dan goreng dalam kuali serta letak udang diatasnya.
5. Goreng hingga kekuningan angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KUAH KACANG
Bahan A :
1/2 mangkuk kacang tanah - goreng garing
2 ulas bawang merah - hiris halus dan goreng sebentar
10 tangkai cili kering - goreng sebentar
Bahan B :
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil air asam jawa
1 cawan air masak
Cara-cara :
1. Satukan bahan A kisar halus.
2. Campur dengan bahan B kacau sebati.
3. Sedia untuk di hidangkan bersama cucur udang ranggup.