Thursday, August 20, 2015
RESEPI SOTO AYAM
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
6 cawan air
4 sudu besar minyak masak
Garam halus secukup rasa
Bahan kisar :
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu besar lada putih
2 biji buah keras
Bahan A :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan B :
2 batang serai - diketuk
1 inci halia - potong 3
1 inci lengkuas - potong 3
Bahan C :
nasi impit
begedil
soo hoon goreng
kacang tanah goreng
daun sup
Sedikit taugeh
Sedikit ayam goreng di siat
Cara-cara :
1. Bersihkan ayam potong kecil asingkan isi untuk digoreng garing dan bahagian tulang direbus.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar, bahan A, bahan B hingga wangi kemudian masukkan ke dalam periuk ayam rebus tadi. Masak hingga mendidih perasakan garam dan tutup api.
3. Satukan bahan C ke dalam mangkuk dan tuang kuah serta sedikit sambal kicap.Tambah sedikit hirisan limau nipis.
4. Sedia dihidangkan ketika panas.
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment