Bahan-bahan :
1/2 biji buah labu - dipotong
4 cawan air
Bahan kisar :
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3 biji cili api merah
1/2 sudu besar udang kering
Bahan A :
1/2 labu bawang besar - dihiris
200ml santan
1 sudu kecil garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara :
1. Satukan buah labu dan air dalam periuk, rebus hingga empuk.
2. Masukkan bahan kisar kacau rata.
3. Masukkan bahan A kacau lagi hingga mendidih kemudian tutup api.
4. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment