Bahan-bahan :
1 mangkuk bebola daging
1 sudu besar mentega
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air rebusan daging
1 sudu besar kicap pekat
Garam halus secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara :
1. Didihkan bebola daging hingga lembut toskan dan ketepikan air rebusan kemudian goreng dengan 1 sudu mentega hingga kekuningan.
2. Gunakan kuali gorengan bebola daging tadi dan masukkan mentega kacau hingga sedikit cair.
3. Masukkan Bahan A gaul rata.
4. Masukkan susu segar kacau lagi sehingga kuah rata dan sedikit pekat.
5. Hidangkan bebola daging dengan kentang putar dan jem rasberry.
KENTANG PUTAR
Bahan-bahan :
2 biji kentang - bersihkan potong 6
2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1/4 cawan susu segar
Cara-cara :
1. Rebus kentang hingga empuk angkat dan toskan.
2. Lenyek kentang hingga lumat dan masukkan garam. serbuk lada hitam, susu segar gaul rata.
No comments:
Post a Comment