Wednesday, August 19, 2015
RESEPI CHAR KUEY TEOW
Bahan-bahan :
5 sudu besar minyak masak
10 ekor udang
2 cawan air rebusan udang
2 biji telur
Garam halus secukup rasa
Bahan kisar :
20 tangkai cili kering
3 biji cili api merah
6 ulas bawang putih
Bahan A :
1 paket kuey teow halus - basuh toskan
1/2 mangkuk kecil daun kucai - potong pendek
1/2 mangkuk kecil taugeh - bersihkan
Bahan B :
1/2 sudu besar cuka masak
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap mee
Cara-cara :
1. Bersihkan udang dan rebus sebentar ketepikan air rebusan.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan udang yang telah direbus tadi.
3. Masukkan bahan kisar kacau rata.
4. Masukkan bahan A diikuti dengan bahan B dan air rebusan udang kacau sebati.
5. Pecahkan telur ke dalam kuali, kacau rata perasakan garam tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment