Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
2 biji telur
1 biji limau nipis - hiris
Bahan kisar :
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Bahan A :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar rempah kari ayam
1 1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cawan air
Bahan B :
1 ketul tauhu - hancurkan
1 biji tomato - potong kecil
Bahan C :
1 bungkus mee kuning - basuh dan toskan
Sedikit sawi - potong pendek
1 ketul tauhu - goreng dan hiris
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan bahan A kacau rata kemudian bahan B kacau lagi.
3. Masukkan bahan C gaul rata.
4. Masukkan telur di tengah mee dan kacau sebati.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama hirisan limau.
No comments:
Post a Comment